Caranya adalah ambil beberapa helai Daun
Bidara tumbuk sehingga lumat dah tampal pada luka. InsyaAllah luka akan sembuh
jika diamalkan selalu.
2) Melancarkan Haid dan masalah Keputihan.
Caranya larutkan beberapa helai Daun
Bidara ke dalam air suam dan minum. InsyaAllah Haid anda akan lancer.
Jika masalah keputihan mengakibatkan bau.
Ambil beberapa helai Daun Bidara larutkan ke dalam air dan cuci pada bahagian
tersebut untuk mengelakkan bau dan kegatalan.
Caranya pertama ambil beberapa helai Daun
Bidara dan keringkan pada cahaya matahari. Setelah kering hancurkan sehingga
lumat dan boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk.

Cara kedua ambil Daun Bidara tumbuk dan
tampal sahaja pada jerawat.
InsyaAllah jika dibuat selalu akan
berhasil.
4) Mengubati Gangguan Jin/Sihir
Caranya adalah dengan mengambil 7 helai Daun Bidara, tumbuk Daun
Bidara dan larutkan ke dalam air.
bacakan ayat kursi, surah al-khafirun, al-ikhlas, al- falaq dan
an-naas.
Bahagikan air kepada dua bahagian. Air yang pertama di buat minum
tiga teguk dan baki air yang kedua di buat mandi..
InsyaAllah jika diamalkan gangguan jin dapat dihilangkan.
5) Boleh dijadikan sebagai mandian bersuci
bagi orang yang baru memeluk agama Islam dan juga bagi wanita haid.
Caranya mandi dengan air yang telah
dicampurkan Daun Bidara. Daun Bidara mampu untuk menghilangkan bau busuk darah
haid dari badan.
6) Mandian untuk Jenazah
Memandikan jenazah dengan air yang
dicampurkan Daun Bidara mampu untuk mencegah orang yang memandikan jenazah
daripada terkena jangkitan kuman, demam dan sebagainya.
sangat membantu sekali artikelnya kak
BalasPadam( www.marzuki.eu.org )